Musim Tengkujuh | MAFI salur bantuan, kurangkan impak kepada sektor pertanian

2022-09-22 0

Bagi mendepani musim tengkujuh dan impaknya kepada sektor pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersiap sedia untuk menyalurkan puluhan juta ringgit dalam bentuk bantuan tunai dan peralatan.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya sentiasa mengambil tindakan bagi mengurangkan impak terhadap tanaman dan ternakan menerusi pelbagai jabatan dan agensi MAFI.

Free Traffic Exchange